TINDAKAN seorang penjaga parkir mengutip saman lalu lintas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengundang persoalan seorang pemandu wanita.
Berdasarkan perkongsian di TikTok [Tonton Video], pekerja warga Bangladesh itu mengutip semua saman di cermin hadapan kereta yang diparkir kawasan dia berkerja.
"Kenapa ambil saman tu? Semua dah bayar kan?," soal pemandu wanita tersebut yang sedang mencari parkir.
"Saya angkat duit, ini semua dah bayar. Ini saman saya ambil," jawab pekerja tersebut.
Perkongsian itu menarik perhatian DBKL yang berterima kasih atas maklumat tersebut dan terus bertanya kepada pemilik video lokasi parkir berkenaan.
Namun, pemilik video tidak membalas pertanyaan berkenaan.
Netizen mendakwa kutipan parkir itu tidak sah dan merupakan kawasan yang dilarang untuk meletak kenderaan.
"Parkir tak sah ni, dia takut owner kereta tau tak boleh letak dekat situ.
"Dia ambil saman tu sebab tak nak owner kereta tau kena saman sedangkan dah bayar duit parkir.
"Kalau tuan punya kereta tau kena saman, dia mesti marah duit parkir ambil tapi kena saman," demikian antara komen netizen.


