suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bolehkah terbang laju sedikit?” - Kapten realisasi permintaan anak tatap arwah ayah buat kali terakhir

Nota ringkas permintaan Ruzy Adila kepada juruterbang. -Foto Faceboom Ruzy Adila Idris

SEORANG wanita meluahkan rasa bersyukur kerana dapat menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir sebelum dikebumikan pada Rabu lepas.

Ruzy Adila Idris yang berada di Sabah pada ketika itu amat berterima kasih atas keprihatinan juruterbang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH2621 yang berusaha memastikan penerbangan tiba lebih awal ke Kuala Lumpur.

Katanya, ketika sedang kusut untuk terbang pulang, dia menulis nota pesanan kepada juruterbang yang disampaikan melalui pramugari.

“Juruterbang yang dihormati, bolehkah anda terbangkan kapal terbang ini dengan lebih laju sedikit. Ayah saya baru sahaja meninggal dunia. Saya perlu menemuinya sebelum dia dikebumikan,” demikian nota yang ditulis.

Pramugari kemudiannya memaklumkan juruterbang akan cuba sampai ke destinasi 15 minit awal.

"Kami dua beranak betul-betul memanjat kesyukuran pada Allah kerana hadirkan kami orang yang baik.

 

"Perjalanan kali ni tak terasa lama, rasa sekejap kami dah sampai KLIA. Bukan awal 15 minit tapi 20 minit. Allahuakhbar, terima kasih Allah," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Wanita itu bersyukur apabila sempat bertemu melihat jenazah bapanya, Allahyarham Idris Abu Bakar, buat kali terakhir sebelum dikebumikan pada hari yang sama.

“Alhamdulillah, kami sampai tepat pada waktunya. Sempat jumpa papa sebelum kembali ke negeri abadi. Kenangan yang akan diingati sampai akhir hayat,” katanya.

.

Artikel Lain