suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebakaran saluran paip gas semakin berkurang, saksi kongsi video gelongsor taman permainan cair

Gelongsor di taman permainan cair, dipercayai akibat terkena bahang api.

BOMBA memaklumkan radius kebakaran saluran paip gas bocor di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya semakin berkurangan setakat 1.55 tengah hari, Selasa.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad, pihaknya masih lagi membuat pemantauan di lokasi kejadian.

Setakat ini juga, seramai 112 orang mangsa dan 49 buah rumah terjejas akibat kebakaran.

Selain kediaman dan kenderaan penduduk yang terjejas, tular video di TikTok yang memaparkan sebuah taman permainan berdekatan yang musnah akibat kebakaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran saluran paip utama Petronas: 6 mangsa cedera dibawa ke hospital

Menerusi video yang dikongsi Azym Azizi, sebahagian gelongsor di taman permainan itu cair, dipercayai akibat terkena bahang api.

"Taman permainan cair. Yang jauh pun cair, apatah lagi kalau duduk dekat," tulis individu itu pada kapsyen video.

Terdahulu, media melaporkan JBPM menerima panggilan awal mengenai kebakaran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, kira-kira 8.10 pagi.

PETRONAS Gas Berhad (PGB) dalam satu kenyataan kemudiannya mengesahkan berlaku kebakaran di saluran paip utama di lokasi itu.

Kebakaran itu melibatkan paip gas sepanjang 500 meter, berhampiran kawasan perumahan di Kampung Kuala Sungai Baru.

Artikel Lain