SEORANG lelaki ditahan kerana didakwa mencabul seorang wanita di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban arah selatan di Nilai, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, suspek berusia 20-an didawa melakukan kesalahan itu pada awal pagi Isnin.
"Suspek mempunyai dua rekod lampau melibatkan kesalahan jenayah," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Abdul Malik berkata, suspek direman selama empat hari sehingga 13 Februari.
"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban dan dibenarkan tahanan reman selama empat hari bermula Isnin untuk membantu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7904222," katanya.