suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Murid maut terkena renjatan elektrik di sekolah

Mangsa meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik. -Gambar hiasan

SEORANG murid lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang, pada Rabu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan.

Beliau berkata, laporan mengenai kejadian yang melibatkan seorang murid Tahun Enam itu diterima kira-kira pukul 6.30 petang.

"Seorang wanita tempatan berusia 36 tahun membuat laporan polis mengenai pihaknya menerima pesakit iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 6.50 petang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kes tersebut masih dalam siasatan.

Tambahnya, pihak polis menunggu laporan bedah siasat terhadap mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta mengeluarkan sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain