suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu tangguh SPM, STPM - KP Pendidikan

Calon-calon SPM dibawa menaiki lori pada hari pertama peperiksaan itu berlangsung.

WALAUPUN beberapa negeri dilanda bencana banjir ketika ini, namun tiada keperluan untuk menangguhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan pada hari pertama peperiksaan itu berlangsung pada Isnin.

Beliau berkata, penangguhan itu akan mengambil kira pelbagai faktor.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai mekanisme untuk menangani isu banjir terutama membabitkan peperiksaan awam khususnya SPM dan STPM.

"Kita akan menambah baik Operasi Payung termasuk menangani pelbagai isu di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta Jabatan Pelajaran Negeri.

"Kita turut melakukan penyelarasan bersama polis, tentera serta agensi penyelamat lain sepanjang berdepan dengan bencana banjir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong dekat Besut, Terengganu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain