suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peperiksaan SPM ikut jadual, lebih 5,000 calon sudah dipindahkan ke lokasi selamat

Calon SPM dipindahkan akibat terjejas dengan banjir.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) berkata seramai 5,377 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kelantan, Kedah, dan Terengganu terjejas akibat banjir pada tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata semua calon ini dipindahkan ke pusat-pusat alternatif dan asrama bagi memastikan keselesaan dan menyediakan persekitaran lebih teratur untuk pembelajaran mereka.

"Usaha pemindahan kini sedang dijalankan di semua peringkat Jabatan Pendidikan Negeri," katanya dalam satu sidang media khas pada Ahad.

Sementara itu, Ujian Lisan Bahasa Melayu akan diteruskan seperti yang dijadualkan bermula 2 Disember (Isnin) hingga 5 Disember (Khamis) mengikut nasihat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Beliau berkata setakat ini, Kelantan mencatatkan bilangan calon yang terjejas tertinggi, iaitu seramai 3,111 pelajar, manakala baki 1,734 calon berada di Terengganu dan 532 di Kedah.

Fadhlina turut menyatakan bahawa calon SPM diberi kelonggaran untuk memakai pakaian yang sesuai semasa menduduki peperiksaan. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain