suria

Lebih 130,000 mangsa banjir di 9 negeri, Kelantan paling teruk terjejas

Bencana banjir menyebabkan ramai penduduk yang terjejas berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

BANJIR yang melanda beberapa negeri menyaksikan lebih 130,000 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut data menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 12.50 tengah hari Sabtu, sebanyak 712 PPS dibuka di sembilan negeri.

Negeri-negeri tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perlis, Melaka dan Perak.

Kelantan merupakan negeri paling teruk terjejas apabila merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu kira-kira 87,046 mangsa daripada 26,995 keluarga, yang berlindung di 286 PPS di 10 daerah.

Ia diikuti Terengganu dengan 36,686 daripada 10,317 keluarga ditempatkan di 336 PPS di lapan daerah.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di negeri-negeri lain pula mencatatkan seramai 5,544 orang di Kedah, Negeri Sembilan (2,175), Perlis (492), Johor (383), Selangor (308), Melaka (231) dan Perak (17).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain