suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Wanita maut ditikam di pusat beli-belah

Seorang wanita maut ditikam di sebuah restoran di pusat beli-belah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita maut ditikam di restoran di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, insiden berlaku antara pukul 3 petang dan 4 petang Jumaat.

"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuhnya.

"Kita menahan tujuh suspek yang terdiri daripada rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut Aidil, mayat manga di hantar ke hospital berdekatan untuk bedah siasat.

"Kita juga sedang mengesan saksi-saksi lain dan menyiasat motif di sebalik pembunuhan itu," katanya. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain