suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada aksi berbalas tembakan di Ampang, hanya penahanan kereta - Polis

Rondaan polis dibuat bagi mengekang kejadian jenayah. -Gambar hiasan

POLIS menafikan dakwaan terdapat aksi berbalas tembakan antara pihaknya dan penjenayah di kawasan perumahan Taman Mulia Jaya di Ampang, Selangor, seperti video tular pada malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tiada sebarang tembakan berlaku.

“Bagaimanapun, berlaku kejar-mengejar antara kenderaan peronda bergerak (MPV) dengan sebuah kereta di lokasi kira-kira pukul 10 malam Jumaat.

“Kami berjaya memberhentikan kereta itu tetapi tiada kejadian berbalas tembakan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Terdahulu seorang pengguna TikTok memuat naik video dengan audio yang mendakwa berlaku tembak-menembak di Taman Mulia Jaya.

Audio pada video itu juga mendakwa terdapat enam das tembakan dilepaskan dan dua suspek melarikan diri. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain