suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemalangan ngeri... 8 maut kereta bertembung pacuan empat roda, 2 tercampak keluar

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk.

LAPAN maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Sarikei-Sibu dekat Sarikei, Sarawak.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa mangsa yang maut terdiri daripada seorang warga tempatan dan tujuh warga Indonesia, kesemuanya lelaki.

Dua individu yang menaiki pacuan empat roda mengalami cedera ringan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut, kereta dinaiki 8 sekeluarga terlibat nahas treler

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak sangka perbualan terakhir, terngiang-ngiang suara anak call sebelum nahas ragut 4 nyawa

Balai Bomba Sarikei menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.40 petang.

"Setibanya di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian, anggota bomba menemukan lapan mangsa dari kereta yang remuk itu,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, dua mangsa tercampak keluar dari kereta dan kesemua mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sarikei.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain