suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar lelaki maut terjun dari tingkat 15 kondo

Seorang lelaki maut, dipercayai terjun dari tingkat 15 sebuah kondominium. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki maut, dipercayai terjun dari sebuah kondominium di Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian di sebuah kondominium di Kota Damansara, pada pukul 8.15 pagi Isnin.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati seorang lelaki warga tempatan dari tingkat 15 bangunan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah sedar anak perempuan hilang awal pagi, cuba telefon tapi tiada jawapan... Rupanya maut jatuh pangsapuri

"Pihak perubatan dari Hospital Sungai Buloh mengesahkan kematian mangsa di lokasi kejadian.

"Kertas siasatan dibuka untuk siasatan lanjut dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan, atau menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Fitri Husin di talian 012-7896691 atau Balai Polis Kota Damansara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain