suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lubang benam di laluan kecemasan Lebuhraya NKVE, separuh lorong kiri turut ditutup - PLUS

Lubang benam dilaporkan di laluan kecemasan di KM18.6 (Arah Selatan) Lebuhraya NKVE. -Foto PLUS

INSIDEN lubang benam atau 'sinkhole' dilaporkan di lorong kecemasan di KM18.6 (Arah Selatan) Lebuhraya NKVE antara laluan Kota Damansara ke Damansara.

Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, susulan insiden berkenaan, lorong kecemasan dan separuh lorong kiri ditutup demi keselamatan pengguna lebuh raya.

Justeru, pengguna lebuh raya disarankan mematuhi arahan pengawal atau papan tanda trafik di lokasi.

Orang ramai yang menggunakan PLUS boleh mendapatkan info trafik melalui aplikasi PLUS atau laman X @plustrafik untuk merancang perjalanan masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain