suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2025: Pelepasan cukai premium insurans pendidikan, perubatan naik kepada RM4,000

Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans perubatan dinaikkan. -Gambar hiasan

KERAJAAN mengumumkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan perubatan dinaikkan kepada RM4,000.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000 itu meliputi bahagian bayaran perubatan yang dilakukan oleh pembayar cukai di bawah produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan dengan ciri-ciri pembayaran bersama.

"Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan tertakluk kepada cukai pendapatan di negara sumber serta diterima oleh individu di Malaysia.

"Pada masa ini ia diberikan secara bertempoh sehingga 31 Disember 2026, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036," katanya di Parlimen, pada Jumaat.

Belanjawan 2025 bertemakan 'Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', merupakan belanjawan ketiga oleh kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain