suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Bapa ambil anak pulang sekolah temui ajal, kemalangan kereta rempuh motosikal

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

SEORANG ayah bersama anak lelakinya meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan berhampiran sebuah sekolah di Jalan Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang sekitar pukul 1.30 tengah hari pada Isnin.

Difahamkan dua beranak itu sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah apabila dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki.

Lebih menyayat hati apabila sebelum kejadian bapa berusia 49 tahun itu baru mengambil anaknya yang berumur 9 tahun pulang dari sekolah.

Kemalangan berlaku apabila motosikal yang dibonceng mangsa cuba melintas pembahagi jalan di kawasan itu dan seterusnya dilanggar kereta jenis Honda Civic yang tidak sempat mengelak.

Kedua-dua beranak itu disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain