suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja terjatuh dari platform ketika selenggara kereta kabel Langkawi

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan anggota bomba. -Foto ihsan bomba

SEORANG pekerja dilaporkan terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi pada Khamis.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, mangsa yang dikenali sebagai Khairul Nizam Jaafar, 41, dilaporkan terjatuh dari platform tingkat dua pada ketinggian dianggarkan antara 40 hingga 50 meter.

Ujar Mohd Zamri, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.15 petang berhubung kejadian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak ucapkan selamat tinggal” - Pelajar tingkatan 1 kongsi video akhir sebelum maut jatuh tingkat 8 bangunan sekolah

"Jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Mat Sirat dan BBP Langkawi telah diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba 13 minit kemudian.

"Keadaan mangsa belum dapat dipastikan dan pasukan bomba kini dalam operasi mencari dan menyelamat di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau, sebarang perkembangan akan dimaklumkan setelah mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain