suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar balai polis diserang lelaki bertopeng! Dua anggota maut, seorang mangsa di zon merah hospital

Dua anggota polis dilaporkan maut dan seorang lagi cedera selepas diserang di Balai Polis Ulu Tiram. -Gambar hiasan (kiri)

DUA anggota polis maut selepas diserang oleh seorang lelaki yang identitinya tidak dikenal pasti, dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.

Difahamkan, suspek berpakaian gelap dan memakai topeng ketika melakukan serangan.

Dalam kekecohan yang berlaku pada awal pagi itu, seorang polis dilaporkan ditembak manakala seorang lagi ditetak oleh suspek yang menceroboh masuk ke dalam balai dengan bersenjatakan parang.

Suspek juga dikatakan merampas dua senjata serta melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang bertugas menyebabkan kecederaan di bahagian bahu serta perut.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, dipercayai meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel, Muhamad Syafiq Ahmad dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, berpangkat koperal yang ditembak suspek kini dilaporkan berada di zon merah di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor.

Menurut laporan, suspek telah ditembak mati dan dua senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5 telah dirampas daripada pihak penyerang.

Pengesahan lanjut mengenai kejadian masih belum dikeluarkan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain