suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut dipercayai mabuk, lebih 6 jam tersepit pintu 'shutter' ATM

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 6 pagi.

MALANG tidak berbau.

Seorang lelaki maut selepas lehernya tersepit pintu 'shutter' sebuah bank di Kota Kemuning dekat Shah Alam, Selangor.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, mangsa dipercayai berada dalam keadaan mabuk telah berbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin pengeluaran automatik (ATM) berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 7.29 pagi berkaitan mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta terbaring di hadapan pintu masuk ke ruang bank berkenaan.

"Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dilihat berbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM pada pukul 11.48 malam.

"Dia dipercayai dalam keadaan mabuk.

"Pada 12.01 tengah malam, pintu 'shutter' ruang mesin ATM itu tertutup secara automatik menyebabkan leher mangsa tersepit antara pintu dan lantai sebelum ia terbuka (secara automatik) semula pada pukul 6 pagi," katanya menerusi kenyataan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain