suria

Wanita berang, marah-marah pemandu bas tak buka pintu… Siap minta nombor telefon khidmat pelanggan nak mengadu

Insiden kemarahan seorang wanita di dalam bas pengangkutan awam.

MEMASUKI tahun baharu 2024, media sosial gempar dengan video pertikaman lidah antara seorang penumpang dan pemandu bas awam.

Menerusi video pendek yang tular di laman X itu, difahamkan penumpang tersebut berang kerana pintu bas lambat dibuka apabila ia sudah tiba ke destinasi.

Kedua-dua mereka merakam video menggunakan peranti masing-masing sebagai bukti rujukan.

"Aku record tahu tak waktu kau berhenti lama-lama di tepi jalan tadi. Kau orang nak rendahkan pengangkutan awam macam ni ke?

"Kenapa tak boleh masuk bas daripada tadi? Saya dah siap scan to ride. Ini bukan kali pertama saya naik bas, mana ada bas nak berhenti waktu kosong macam tu.

"Bagi saya nombor (telefon) khidmat pelanggan, saya nak call bos awak dan tanya," kata penumpang wanita itu dengan nada suara yang tinggi.

Pemandu bas tersebut yang dipercayai seorang wanita yang lebih berusia berdasarkan gaya percakapannya kemudian cuba memberikan respons susulan serangan bertubi-tubi wanita itu.

"Adik tak biasa lagi naik bas ni, dia ada masa sebenarnya nak masuk (bas) Transit Aliran Massa (MRT), ada masa berlepas dan ada masa nak masuk MRT," jelas pemandu itu masih cuba kekal tenang.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpihak kepada pemandu bas berkenaan dan memberikan penerangan tentang mengapa boleh berlakunya situasi sedemikian.

"Bas memang ada jadualnya sendiri, kalau sampai awal pun tak bermakna boleh buka pintu, mereka ada peraturan yang perlu dipatuhi.

"Kalau tak ikut peraturan, pekerja tu boleh kena tindakan. Lagi satu, tak perlu bersusah-susah nak rakam video, dalam bas tu pun ada kamera litar tertutup (CCTV).

"Ya ini benar, saya pernah bas tu dah sampai dekat perhentian tapi disebabkan ia dijadualkan akan berlepas lagi sejam, mereka tak buka pintu. Jadi saya tunggu je la selama sejam dekat perhentian tu.

"Nak terpaling betul je perempuan zaman sekarang ni, benda dah tertulis macam tu kenapa nak bising-bising lagi?" kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain