suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi tahun baru! Warga emas, anak OKU penglihatan rentung terperangkap dalam pondok

Mayat kedua-dua mangsa ditemukan selepas api dipadamkan. -Gambar JBPM

MENYAYAT hati.

Begitulah gambaran insiden yang mengakibatkan seorang warga emas bersama anak perempuannya, maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah pondok di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda di Gerik, Perak, hari ini.

Lebih menyedihkan apabila anak perempuan tersebut merupakan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 7.38 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Pihak polis memaklumkan terdapat kebakaran pondok di dalam dusun dan api telah pun dipadamkan. Berdasarkan maklumat, terdapat dua mangsa yang berada di dalam pondok berkenaan.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah pondok kelas C musnah terbakar dianggarkan sebanyak 95 peratus.

“Terdapat seorang wanita berusia 76 tahun dan anak perempuannya berusia 43 tahun yang merupakan OKU mata telah rentung dalam kebakaran itu,” katanya.

Menurut beliau, anggota bomba segera membawa keluar mayat kedua-dua mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Gerik untuk proses bedah siasat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain