suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah pakai tudung ‘biasa’, kanak-kanak perempuan hampir lemas ketika mandi sungai

Seorang kanak-kanak perempuan hampir lemas ketika mandi di sungai berjaya diselamatkan.

CUTI persekolahan yang panjang dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti riadah seperti bermandi-manda di sungai.

Namun, ada juga bahaya yang menanti di sebalik keseronokan itu, bak kata pepatah, malang tidak berbau.

Menerusi satu video tular di laman TikTok, kelihatan kejadian hampir lemas melibatkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai di Sungai Sedim, Kedah

Pada mulanya, semuanya kelihatan normal dengan kumpulan pengunjung dilihat sedang ralit bermain air di dalam sungai.

Kemudiannya tanpa disedari orang ramai, kanak-kanak perempuan terbabit dilihat terkapai-kapai di dalam air, sebelum seorang lelaki yang memerhati dari luar sungai pantas bertindak menyelamatkannya.

Kanak-kanak tersebut dipercayai hampir lemas kerana tudungnya yang mengembang di dalam air sehingga meliputi wajahnya dan menyukarkan pernafasan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menekankan kepentingan untuk mempunyai pakaian yang bersesuaian bagi aktiviti sukan air dan tidak hanya tangkap muat.

“Aku pernah terjadi macam ni, kau tak boleh bernafas sebab tudung melekap dekat muka. Selepas tu memang aku pakai tudung yang khas untuk swimming je.

"Jangan kedekut nak beli pakaian yang lengkap untuk aktiviti air, banyak bahaya menanti sebenarnya kalau ambil remeh aspek keselamatan macam ni," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain