suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib positif Covid-19, jalani kuarantin di HKL

Datuk Seri Najib Razak disahkan positif Covid-19. -Gambar Azman Ghani/ The Star

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKl) selepas disahkan positif Covid-19.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi.

Menurut Mukhlis, Najib dihantar ke HKL pada Selasa selepas mengadu demam panas.

"Setelah diperiksa oleh pakar, Najib didapati positif Covid-19," kata Mukhlis.

Ujarnya, Najib kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dikuarantin serta dirawat di HKL.

"Mewakili keluarga Najib, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Penjara Kajang dan HKL kerana pantas memberikan rawatan kepada beliau," tambah Mukhlis.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. -THESTAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain