suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dirogol dalam rumah di Wangsa Maju... Disyaki ‘kerja’ abang ipar dan kawan-kawan!

Kaum Hawa sering menjadi sasaran pelaku jenayah seksual. -Gambar hiasan RAJA FAISAL HISHAN/The Star

POLIS sedang mencari lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang wanita di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan kes itu ketika dihubungi.

"Ya, ini kes rogol. Polis Kuala Lumpur sedang menyiasat perkara itu," katanya pada Khamis.

Mangsa yang berusia 27 tahun dirogol di sebuah rumah di Wangsa Maju pada Rabu.

Dipercayai salah seorang daripada lima suspek adalah abang ipar mangsa.

Usaha untuk menghubungi polis Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut sedang dijalankan. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain