suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inspektor Sheila kepingin lelaki fit, netizen berani ‘seru’ Tengku Zafrul... Tak sangka menteri jawab!

Tengku Zafrul membalas ciapan Twitter berhubung Sheila yang sedang mencari jodoh.

KISAH Inspektor Sheila yang sedang mencari pasangan hidup kecoh diperkatakan netizen selepas dia meluahkan hasratnya itu baru-baru ini.

Menurut Sheila, dia mahu mencari bakal suami yang cergas, sihat dan tidak berbadan gemuk.

Terbaharu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut memberi respons ringkas mengenai hal itu.

tg zaf

Jawapan ringkas Tengku Zafrul di Twitter.

Ia berikutan tindakan seorang individu yang membuat pautan (tag) kepada akaun Twitter Tengku Zafrul berhubung laporan berkaitan Sheila yang sedang mencari jodoh.

"Tolong tag kawan anda yang kaki jogging, kaki kayuh basikal, kaki marathon dan juga kaki gym," ciap seorang individu.

Kemudiannya, seorang individu lain membuat pautan kepada akaun Twitter Tengku Zafrul memandangkan beliau sering berkongsi tentang aktiviti kecergasan menerusi media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa nak kahwin dengan saya?” - Inspektor Sheila cari calon suami di FB, netizen seram fikir nasib lelaki bertuah

"Minta maaf, saya dah berpunya," jawab Tengku Zafrul ringkas pada Khamis.

Untuk rekod, mStar pada Isnin lalu melaporkan kisah Sheila menyatakan hasrat untuk mencari pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga.

Inspektor Sheila sebelum ini tular gara-gara video dia menghina anggota bawahan serta mengugut wanita warga emas tular di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain