suria

Wan Azizah tak minta plat Vellfire tulis ‘isteri Perdana Menteri’

Kenderaan tersebut disediakan untuk kemudahan Datin Seri Wan Azizah.

BARU-BARU ini gambar dan video yang memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ tular di media sehingga mengundang pelbagai reaksi rakyat.

Tidak kurang juga yang mendakwa Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor cuba mengampu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Susulan daripda itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong tampil menjelaskan ia bukan dibuat atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebaliknya, ia sudah menjadi amalan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.

“Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

“Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi,” jelasnya dalam kenyataan.

Menurutnya, kemudahan kenderaan yang disediakan itu termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan berkenaan.

“Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu”, katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

plat isteri YAB PM, plat Sabah, VVIP,

Artikel Lain