suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Selangor perkenan bubar DUN Jumaat ini, beri laluan kepada PRN

Sultan Selangor perkenan membubarkan DUN pada Jumaat. -Gambar The Star

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan pada Jumaat (23 Jun).

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN),

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada pagi ini menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah, Klang, bagi mendapat perkenan untuk pembubaran DUN.

Speaker DUN, Ng Suee Lim akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pembubaran penggal ke-14 DUN Selangor.

PRN mesti diadakan selewat-lewatnya pada 23 Ogos, iaitu dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

Dengan pengisytiharan pembubaran itu, semua kerusi DUN akan dikosongkan.

Jawatan Exco Selangor juga akan dibubarkan dan Amirudin akan memegang jawatan sebagai menteri besar sementara.

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu. - THESTAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain