suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai polis wanita hina anggota bawahan dalam video tular ditahan

Seorang pegawai polis ditahan kerana mengeluarkan perkataan berunsur hinaan kepada anggota bawahan.

SEORANG pegawai polis wanita ditahan pihak berkuasa selepas mengeluarkan perkataan berunsur hinaan kepada anggota bawahan dalam satu video tular di media sosial.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pangkat kau lagi kecil daripada aku!” - Wanita dakwa pegawai kanan PDRM hina lans koperal, netizen kagum abang polis tahan maki

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh lagi! Selepas hina polis bawahan, wanita sama bertekak dengan orang awam pula... ‘Tunjuk hero’ dekat parkir

"Bertindak atas maklumat, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan seorang wanita berumur 35 tahun pada jam 1:20 pagi Ahad.

"Suspek akan diberi ikat jami selepas siasatan lengkap dijalankan memandangkan terdapat lagi laporan polis yang dibuat melibatkan suspek sama.

"Sebuah telefon bimbit juga dirampas untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Lewat petang semalam, wanita terbabit dilaporkan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dirakam bertikam lidah di sebuah lot parkir. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain