suria

Padah buat biskut campur ganja, anak 11 tahun alami sesak nafas

Kanak-kanak perempuan alami sesak nafas selepas makan biskut ganja.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dari Gerik, Perak telah dimasukkan ke hospital selepas makan biskut buatan sendiri yang dibakar dengan ganja.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kanak-kanak perempuan itu dirawat di Hospital Taiping berikutan kejadian 10.25 malam pada Isnin (29 Mei).

"Dia pada mulanya dihantar ke klinik kesihatan Lawin untuk rawatan selepas mengalami sesak nafas, pening dan loya. Seorang pembantu perubatan di sana menghubungi kami mengenai perkara itu," katanya dalam satu kenyataan pada 30 Mei.

“Dia dirujuk ke Hospital Gerik sebelum dihantar ke Taiping,” katanya lagi.

Mohd Yusri berkata bapa kanak-kanak perempuan itu berusia 38 tahun ditahan pada 30 Mei.

"Ujian air kencingnya positif tetrahydrocannabinol (THC). Dia akan direman sehingga 3 Jun ini bagi memudahkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya," katanya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia

Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my

♬ original sound - mStar Official

biskut ganja, positif ganja,

Artikel Lain