suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak perempuan umur 12 tahun dirogol! Tiga remaja bawah umur didakwa di Bahau

Tiga remaja bawah umur didakwa merogol kanak-kanak berumur 12 tahun. -Gambar hiasan

TIGA pesalah juvana dibicarakan di Mahkamah Majistret Bahau di atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.

Tertuduh masing-masing berumur 14, 16 dan 17 mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Remaja berumur 14 dan 17 tahun itu didakwa merogol mangsa secara berkumpulan kira-kira pukul 11:30 malam pada 28 Januari lalu.

Manakala seorang lagi tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada hari berikutnya di antara pukul 3 pagi dan 1 petang.

Tertuduh yang berusia 16 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan (Akta 574) manakala dua lagi remaja dituduh secara bersama mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan setiap daripada tertuduh untuk dilepaskan dengan bayaran ikat jamin sebanyak RM6,000 seorang dan menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 375B atau Seksyen 376(2)(d) boleh dipenjara selama tempoh antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain