suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Adun Sanglang cedera dipukul lelaki tak siuman di masjid

Md Zain cedera di kepala selepas dipukul menggunakan kerusi oleh suspek. Foto: Gambar awam

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Datuk Md Zain Hamzah, cedera dipukul lelaki tidak siuman di Masjid Alwi, Kangar, pada Jumaat.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi ketika Md Zain, 87, sedang bersiap untuk memasuki masjid itu bagi menunaikan solat Subuh berjemaah.

Md Zain dilaporkan cedera di kepala selepas dipukul menggunakan kerusi oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, mengesahkan kejadian tersebut.

"Suspek yang berusia 65 tahun diberkas polis dan jemaah dalam masjid berkenaan sebelum dibawa ke Balai Polis Kangar untuk siasatan lanjut," katanya.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan.

Untuk rekod, Md Zain menjawat jawatan sebagai Adun Sanglang antara 1978 dan 1986.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain