suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya seorang lagi belum ditemui... Polis sahkan jumlah mangsa tanah runtuh Batang Kali 92 orang

Arjunaidi memberi maklumat terkini tentang tanah runtuh Batang Kali.

JUMLAH mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor pada Jumaat lalu adalah 92 orang dan bukannya 94 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, terdapat kekeliruan mengenai jumlah mangsa pada awalnya dan setelah beberapa semakan dibuat pihaknya berpuas hati bahawa jumlah sebenar adalah 92 orang.

"Terdapat pertindihan semasa pendaftaran sebab itu kita mendapat angka mangsa sebanyak 94 orang.

"Kita mengetahui kesilapan berlaku beberapa hari lalu tetapi enggan terburu-buru untuk mengumumkannya kerana perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh.

"Kami berpuas hati jumlah keseluruhan rasmi mangsa ialah 92 orang," ujarnya semasa sidang akhbar di lokasi pada Khamis.

Berdasarkan jumlah sebenar, katanya, kini hanya seorang lagi mangsa yang masih belum ditemui iaitu seorang kanak-kanak lelaki.

Mengulas tentang operasi terkini, beliau berkata, pencarian ditangguhkan sementara kerana hujan lebat. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain