suria

Founder Skin Dessert kongsi gambar depan pagar Sirim… Admin syarikat penyelidik ‘mencelah’ nafi pernah uji produk

Pengasas produk Skin Dessert mengambil gambar di hadapan pagar Sirim.

ISU mengenai produk mengandungi bahan berbahaya seperti racun berjadual dan disebut sebagai produk timbang kilo terus meraih perhatian netizen.

Berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, salah satu produk yang tersenarai ialah kosmetik Skin Dessert.

Susulan itu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi produk berkenaan termasuk empat lagi produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Berikutan hal yang dibangkitkan, pengguna produk khususnya kosmetik Skin Dessert merasa terpedaya kerana telah membeli produk ini.

Sehubungan itu pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah membuat hantaran di Facebook menegaska bahawa barang yang dijual adalah selamat digunapakai.

Dia turut berkongsi foto di hadapan pintu pagar utama Sirim.

“Laporan akhir untuk Skin Dessert kita reveal once done fully tested dan ikut prosesur standards.

“Bagi netizen yang kecam kata timbang kilo, saya fikir anda boleh fikir sendiri.

Komen Sirim berikutan isu tular.

“Takkan la nak masuk lab kalau barang tak bagus,” katanya.

Walau bagaimanapun pengendali akaun Facebook Sirim menafikan pihaknya melakukan ujian bagi produk Skin Dessert.

“Sirim Berhad ingin menegaskan bahawa Sirim Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.

“Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi [email protected],” jelasnya di ruangan komen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain