suria

Isu Cikgu Fadli: Radzi Jidin akui tak boleh campur tangan keputusan Lembaga Tatatertib

Radzi Jidin berkata beliau tidak boleh campur tangan dalam sebarang keputusan daripada lembaga tersebut. Foto: YAP CHEE HONG/The Star.

NAMA guru matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh hangat diperkatakan netizen sejak beberapa hari lalu.

Ia susulan keputusan daripada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan berhubung dakwaan salah laku guru berkenaan.

Terbaharu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan bahawa beliau tidak boleh campur tangan dalam sebarang keputusan daripada lembaga tersebut.

Ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, beliau enggan mendedahkan keputusan tersebut kerana ia bukan berada dalam bidang kuasanya, lapor Sinar Harian.

"Ia ada 'border' (batasan) di mana keputusan itu akan dihantar kepada cikgu tersebut melalui ketua jabatan pada hari ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat bela nasib pelajar, Cikgu Fadli dakwa bakal dibuang kerja... Akhirnya Radzi Jidin ajak jumpa

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Majlis Pelancaran Inisiatif 'Reading Progress' Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sebuah hotel pada Selasa.

Terdahulu, mStar melaporkan aktivis yang juga ikon guru Malaysia, Mohd Fadhli mendakwa berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat gara-gara lantang menyuarakan masalah sistem pendidikan termasuk silibus matematik dan isu beg berat.

Menerusi surat tunjuk sebab yang dikongsikan di Facebook, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi surat bertarikh 22 September menyatakan Mohd Fadhli yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak di Gombak, Kuala Lumpur wajar dikenakan tindakan atas tiga pertuduhan.

Bagaimanapun guru subjek matematik itu mempersoalkan kewajaran tindakan berkenaan kerana dia tidak pernah terlibat dalam sebarang masalah disiplin atau dengan ibu bapa pelajar sekolah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain