suria

Tergamak tumbuk muka bapa hingga cedera selepas bertengkar, lelaki direman 4 hari

Gara-gara mencederakan bapa, seorang lelaki ditahan reman selama empat hari. Gambar hiasan

POLIS menahan seorang lelaki kerana disyaki memukul bapanya dalam satu kejadian di Kampung Indah Permai, Ampang Jaya, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam Khamis (30 Julai), berpunca selepas si bapa mengesyaki anaknya di bawah pengaruh dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nasib baik tak patah tengkuk” - Lelaki terajang bapa tiri ditahan polis

"Kami menerima maklumat bahawa seorang peniaga berusia 63 tahun terlibat dalam pertengkara dengan anak lelakinya berusia 33 tahun, yang bekerja sebagai penghantar surat.

"Ketika pertengkaran itu, suspek berulang kali menumbuk mangsa," katanya ketika dihubungi pada Sabtu (2 Julai).

Beliau berkata akibat tumbukan tersebut, mangsa mengalami kecederaan di dahi dan kelopak mata kiri.

"Suspek juga didakwa mengugut untuk terus mencederakan mangsa jika menghubungi polis," ujarnya.

Beliau berkata polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat dan menahan suspek.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau.

"Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine (syabu).

"Kami telah menahan reman suspek selama empat hari," katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan sehingga mendatangkan ketakutan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain