suria

Tragis kereta terbalik... pemandu maut, 6 murid cedera

Kiri kereta Proton Exora terbabit kemalangan, kanan anggota bomba menenangkan mangsa. foto Bomba

KEMALANGAN tragis membabitkan dua kenderaan di Jalan Saujana Utama, di Sungai Buloh, pada Khamis.mengakibatkan seorang pemandu maut, manakala enam murid Tahun Satu cedera.

Dalam kejadian itu, kereta jenis Proton Exora yang dinaiki mereka dilanggar menyebabkan kenderaan itu terbalik.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.08 tengah hari.

kemalangan 2

Keadaan kereta Proton Exora terbalik di lokasi kejadian.

"Maklumat diterima daripada saksi di tempat kejadian mengatakan kemalangan berlaku apabila sebuah Perodua Aruz dipandu seorang wanita bersama seorang penumpang yang keluar dari simpang telah melanggar Proton Exora berkenaan.

"Pemandu Proton Exora seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan terbabit kemalangan larikan kereta individu berhenti hulur bantuan... anak mati digilis ditinggalkan

Norazam berkata, kesemua murid yang baru pulang dari persekolahan sesi pagi itu hanya mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

"Pemandu dan penumpang Perodua Aruz hanya mengalami kesukaran untuk bernafas tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan juga telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain