suria

Padah main meriam karbaid, polis kesan kumpulan lelaki

Aksi sekumpulan lelaki bermain meriam karbaid.

PADAH bermain meriam karbaid sehingga mengganggu orang awam, sekumpulan lelaki diburu polis selepas video aktiviti mereka tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, video yang tular di laman Twitter itu dipercayai berlaku di Jalan Permatang Rawa, Georgetown di Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah seludup mercun! Seorang lelaki ditahan di rumahnya, mercun bernilai RM20,745 dirampas

"Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki bermain meriam karbaid di tepi jalan raya dan membuat gangguan bising kepada penduduk.

"Kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam video itu," katanya pada Selasa.

Sementara itu, Shafee menasihati orang ramai agar tidak bermain mercun atau meriam karbaid sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jelasnya, perbuatan itu merupakan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang mana boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain