suria

Pekerja pembersihan maut dihempap pokok tumbang

Mangsa dihempap pokok ketika melakukan kerja pembersihan di kawasan Bukit Gemok, Tawau.

SEORANG lelaki berusia 30 tahun maut selepas dihempap pokok kayu ketika sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan Bukit Gemok di Tawau Sabah pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa Arpah Irwan, 30, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok tumbang akibat angin kencang, 12 kereta rosak kena hempap

ARTIKEL BERKAITAN: Ajal ketika memancing... warga emas maut dihempap pokok tumbang

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.02 petang.

Katanya, seramai empat anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 17 kilometer dari BBP Tawau.

"Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama beberapa rakan sedang melakukan kerja pembersihan sebelum dihempap pokok yang ditebangnya.

"Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit. Selepas berjaya dikeluarkan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.14 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi Sinar Harian turut mengesahkan kejadian itu. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain