suria

Kes berlaku pada Disember 2019, Ayob Khan kata kertas siasatan anak Vincent Tan telah diserah ke AGC

Ayob Khan berkata, kes berkenaan berlaku pada Disember 2019.

SEJAK kebelakangan ini, pendedahan demi pendedahan dibuat mengenai salah laku yang berlaku dalam negara.

Sejauh mana kebenarannya, biar pihak berkuasa yang melakukan siasatan dan mencari keadilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek penggal kepala ibu sebab tak dapat duit beli dadah - Polis

Dalam perkembangan terbaharu, hasil siasatan membabitkan kes pertuduhan anak ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan yang ditangkap atas kesalahan dadah telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mudin Pitchay berkata, kes berkenaan berlaku pada Disember 2019 dan keputusan untuk mendakwa suspek mengikut seksyen berkaitan bergantung kepada AGC.

"Tuduh atau tidak itu kena tanya Pejabat Peguam Negara (AGC) kita, dah buka siasatan pada Disember 2019 dan sudah menyerahkan hasil siasatan.

"Kita tidak terima sebarang laporan polis berhubung perkara ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.

19 Februari lalu, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan dakwaan dirinya menerima rasuah semasa mengendalikan kes jenayah melibatkan anak lelaki ahli perniagaan terkenal terbabit.

Kata Tommy, selepas tertuduh didakwa, peguam-peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar keputusan pertuduhan dipertimbangkan semula.

Dalam ciapannya, Edisi Khas mendakwa salah seorang anak lelaki Vincent Tan ditahan atas kesalahan dadah pada 2019 tetapi telah ditutup oleh Tommy Thomas. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain