suria

Covid-19: Angka harian menurun sedikit... Malaysia rekod 4,083 kes baharu

Malaysia rekod 4,083 kes baharu

SEBANYAK 4,083 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu.

Angka terbaharu itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Jumaat iaitu 4,362 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Angka harian meningkat... Malaysia rekod 4,362 kes baharu

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,715,847 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow.

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, kes harian, KKM, Noor Hisham

Artikel Sebelum

Artikel Lain