suria

Covid-19: Arab Saudi salur bantuan perubatan, termasuk sejuta dos vaksin kepada Malaysia

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud. Foto: Reuters

ARAB Saudi bakal menyalurkan bantuan kepada Malaysia termasuk satu juta dos vaksin, peralatan perubatan, penjagaan dan rawatan, dan keperluan perubatan lain untuk membantu negara ini menangani cabaran pandemik Covid-19.

Menurut Saudi Press Agency (SPA), Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah menitahkan King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action (KSrelief) untuk segera menyalurkan bantuan kepada Malaysia untuk memerangi Covid-19.

Penasihat KSrelief, Dr Abdullah Abdulaziz Al Rabeeah berkata, bantuan itu merangkumi satu juta dos vaksin Covid-19, peralatan perubatan, rawatan serta persediaan pencegahan dan keperluan perubatan lain.

"Dr Al Rabeeah mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Penjaga Dua Masjid Suci (Raja Salman) dan Putera Mahkota atas tindakan, yang menegaskan keinginan kepemimpinan untuk mendukung negara-negara bersaudara di seluruh dunia dalam mendepani apa jua krisis dan keadaan," kata SPA.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi satu hantaran di Facebook beliau menzahirkan penghargaan di atas sumbangan daripada Raja Salman.

Beliau menyifatkan ia adalah bukti persahabatan sejati antara Malaysia dan Arab Saudi.

"Ini satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan Kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia.

"Bagi pihak Kerajaan Malaysia, menjunjung kasih buat Baginda Raja Salman, Putera Mahkota Mohammad bin Salman dan Kerajaan Arab Saudi atas kebaikan serta keprihatinan yang sangat mendalam ini.

"InsyaAllah, saya akan terus bekerjasama rapat dengan Putera Mahkota bagi memperincikan bentuk keperluan terkini yang negara perlukan sekaligus memastikan Titah Baginda Raja Salman ini berjalan lancar," ujarnya lagi. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain