suria

Tiada lagi kerisauan, Arab Saudi kini iktiraf vaksin Sinovac - Menteri Agama

Kerajaan Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi memasuki negara itu.

KHABAR gembira buat umat Islam di negara ini, kerajaan Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi Facebook pada Isnin malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada rakyat Malaysia akan ke Makkah tunai haji tahun ini - Menteri Agama

Ujar beliau, orang ramai boleh menyampaikan berita gembira itu kepada ahli keluarga yang berniat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah pada masa akan datang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah.

"Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac, " ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain