suria

Malaysia rekod 2,232 kes positif Covid-19 pada Isnin, empat lagi korban terkini

Malaysia merekodkan 2,232 kes Covid-19 pada Isnin. Foto: Bernama

SEBANYAK 2,232 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 setakat ini sebanyak 138,224 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 28,554 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 2,226 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 557 kes, diikuti Johor sebanyak 396 kes dan Sabah mencatatkan 374 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan pertambahan empat kes kematian pada Isnin.

"Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 555 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Pada hari ini, 1,006 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 109,115 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 187 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut ringkasan kes kematian pada Isnin:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain