suria

Kluster dikaitkan dengan pekerja kilang catat kes harian tertinggi

KKM turut mendedakan lapan kluster baharu pada hari ini. Foto: FAIHAN GHANI.

KIRA-kira separuh daripada kes Covid-19 baharu di Selangor berpunca dari kluster Sungai Putus yang dikaitkan dengan pekerja sebuah kilang di Klang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster itu yang pertama kali diklasifikasikan pada 11 Disember lalu mencatatkan 507 kes Covid-19 baharu pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangkitan Covid-19 rekod 2,018 kes pada Isnin, Selangor catat jumlah pesakit positif paling tinggi

Ia merupakan peningkatan terbesar yang dilaporkan dalam kluster pada hari ini, hampir separuh daripada 1,204 kes baharu di Selangor.

"Secara keseluruhan, kluster ini memiliki 990 kes yang disahkan dan 2,014 individu yang terlibat dengan kluster tersebut telah disaring setakat ini," ujar Dr Noor Hisham menerusi sidang media pada Isnin petang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mendedakan lapan kluster baharu pada hari ini yang mana enam daripadanya berkaitan dengan tempat kerja di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Labuan.

Pada hari ini, negara kita merekodkan 2,018 kes Covid-19 dengan satu kematian lelaki bukan warganegara di Tuaran, Sabah.

Untuk rekod semasa, 109 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 55 kes memerlukan bantuan pernafasan. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain