suria

Kes turun ke 3 digit... Malaysia catat 660 pesakit baharu Covid-19, 4 lagi korban termasuk rakyat asing

Malaysia turut merekodkan empat kes kematian pada Selasa.

MALAYSIA merekodkan 660 kes positif Covid-19 pada Rabu, menjadikan 50,390 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covd-19 pula adalah 12,814 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat asing antara 5 lagi kematian akibat Covid-19, Malaysia catat 1,210 kes baharu

Untuk rekod, Sabah catat kes tertinggi dengan 387 kes diikuti Selangor (139), Negeri Sembilan (31), Kuala Lumpur (29), Pulau Pinang (16), Perak (16), Labuan (13), Kedah (11), Melaka (4), Sarawak (3) Johor (3), Kelantan (3) dan Putrajaya (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan empat kes kematian pada Selasa, menjadikan keseluruhan 322 kematian setakat ini.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan empat kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 322 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rabu petang.

Sehingga hari ini, 630 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 37,254 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 103 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 41 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, KKM turut mengumumkan lapan kluster baharu iaitu Kluster Sabaru (Sabah), Kluster Tomher (Sabah), Kluster Garden (Sabah), Kluster Putra-18 (Putrajaya), Kluster Murni (Selangor/Kuala Lumpur), Kluster Seri Pasir (Pulau Pinang), Kluster Besi Demak (Sarawak) dan Kluster Parit Kasan (Johor).

Berikut perincian kes kematian hari ini:

1) Wanita warganegara, 80 tahun, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

2) Wanita warganegara, 76 tahun, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

3) Lelaki warganegara, 59 tahun, meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

4) Perempuan bukan warganegara, 62 tahun, meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain