suria

Rakyat asing antara 5 lagi kematian akibat Covid-19, Malaysia catat 1,210 kes baharu

Malaysia merekodkan 1,210 kes positif Covid-19 pada Selasa.

MALAYSIA merekodkan 1,210 kes positif Covid-19 pada Selasa, menjadikan 49,730 kes setakat ini.

Ia melibatkan 19 kes import jangkitan luar negara dan 1,191 penularan tempatan.

Untuk rekod, Sabah catat kes tertinggi dengan 499 kes diikuti Selangor (259), Kuala Lumpur (238), Negeri Sembilan (67), Perak (47), Pulau Pinang (33), Kelantan (19), Johor (14), Kedah (8), Melaka (2), Putrajaya (2), Labuan (1), Sarawak (1) dan Terengganu (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan lima kes kematian pada Selasa, menjadikan keseluruhan 318 kematian setakat ini.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tigas kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 318 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa petang.

Sehingga hari ini, 1,018 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 36,624 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 105 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 40 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut perincian kes kematian hari ini:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain