suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salam takziah... Adun Bugaya Manis Muka meninggal dunia

Adun Bugaya, Manis Muka meninggal dunia pada Selasa.

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65, dari Parti Warisan Sabah, meninggal dunia.

Anak perempuannya, dengan nama Fara Deeba Sabardin di Facebook, meminta semua pihak supaya mendoakan ibunya menerusi posting pada tengah hari Selasa.

Bagaimanapun, punca kematian Manis Muka belum dapat dipastikan.

Pada Isnin, Fara memaklumkan bahawa ibunya berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Gleneagles di Kota Kinabalu dan meminta semua pihak mendoakan kesembuhannya.

Awal bulan lalu, Manis disahkan positif Covid-19, tetapi dilaporkan telah pulih.

Menurut sumber, Manis mengalami masalah buah pinggang sebelum ini dan jatuh sakit.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain