suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Malaysia catat 1,103 kes baharu pada Isnin, pertambahan 4 kematian

Malaysia catat 1,103 kes pada Isnin.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,103 kes baharu, menjadikan keseluruhan 48,520 kes setakat Isnin.

Daripada 1,103 kes baharu yang dilaporkan, Selangor merekodkan 1 kes import jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi jumpa polis” - Cuti sekolah tak lama lagi, Ismail Sabri komen nasib guru dari Semenanjung bertugas di Sabah, Sarawak dah lama tak balik kampung

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 392 kes diikuti Sabah (228), Selangor (150), Perak (116), Negeri Sembilan (90), Pulau Pinang (26), Kedah (10), Labuan (8), Johor (8), Kelantan (7), Terengganu (4), Sarawak (1), Melaka (1) dan Putrajaya (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 313 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan empat kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 313 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Isnin petang.

Empat kematian itu melibatkan dua lelaki dan dua wanita di Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Tawau, Sabah.

Dalam pada itu, KKM turut mengumumkan satu lagi kluster baharu di Sabah, iaitu Kluster Matambai.

Sehingga hari ini, 821 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 35,606 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 102 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain