suria

MP Bintulu akui tak bermaksud jadikan Dr Noor Hisham sasaran, hanya mahu sampaikan kekecewaan frontliners dan rakyat

King Sing mempersoalkan mengenai Dr Noor Hisham (gambar kecil) ketika perbahasan di Dewan Rakyat.

BEBERAPA jam selepas insiden yang mencetuskan kekecohan di Parlimen berhubung kenyataan mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan takut mati, Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan dirinya.

Ahli Parlimen Bintulu itu berkata, kenyataannya itu bagi menggambarkan kekecewaan frontliners dan rakyat Malaysia susulan pandemik Covid-19.

"Saya ulangi sekali lagi, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Parlimen pada Rabu (11 November), saya tidak bermaksud untuk menjadikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai sasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Noor Hisham jawab dakwaan takut mati - "Turun padang atau tidak, kematian itu berlaku di mana-mana... yang penting niat"

ARTIKEL BERKAITAN: Dewan Rakyat kecoh... Tak turun padang ke Sabah, MP Bintulu dakwa Dr Noor Hisham takut mati - "Jangan hantar doktor, jururawat saja"

"Malahan, kata-kata saya hanya bagi menggambarkan kekecewaan frontliners dan rakyat sejak beberapa bulan lalu.

"Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP seperti RSN Rayer tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada kata-kata saya itu untuk mendapat publisiti murahan seolah-olah mempertahankan penjawat awam," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, kenyataan King Sing menarik perhatian wakil pembangkang apabila beliau mempersoalkan sama ada Dr Noor Hisham takut mati apabila tidak ke Sabah ketika Covid-19 merebak di negeri itu.

Rayer bagaimanapun mendesak King Sing memohon maaf kepada Dr Noor Hisham sebelum berlaku kekecohan antara mereka yang membawa kepada Rayer diarah keluar oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.

King Sing berkata, penjawat awam bekerja keras dan seharusnya sebarang kekurangan dalam sistem perlu diperbaiki.

Beliau juga menambah, sebagai wakil rakyat tidak ada sebab kenapa beliau tidak patut menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat.

"Adalah jelas pandemik ini semakin diluar kawalan dan seharusnya kita mengutamakan kesannya kepada rakyat," katanya.-thestar.com.my

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain