suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perhatian! Penumpang pesawat Malindo Air KL-KK pada 11 September digesa hubungi bilik gerakan Covid-19

Penumpang di tempat duduk 30 hingga 33 ketika penerbangan KL-KK pada Jumaat lalu diminta menghubungi bilik operasi Covid-19 di Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu. Gambar hiasan.

PENUMPANG yang menaiki pesawat Malindo Air OD1008 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat (11 September) lalu diminta untuk menjalani pemeriksaan Covid-19.

"Penumpang yang duduk di tempat duduk 30 hingga 33 diminta menghubungi bilik operasi Covid-19 di Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu di talian 088-726 352," katanya menurut notis yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Notis makluman itu turut dikongsikan di laman Facebook Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu.

Pada Rabu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa 59 daripada 61 kes penularan tempatan direkodkan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa tiga daripada 59 kes di Sabah adalah melibatkan kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Semenanjung Malaysia. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain