suria

Sasar sifar kes baharu pertengahan Julai, syaratnya rakyat Malaysia jadikan jarak sosial satu meter vaksin Covid-19!

Seorang petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas orang awam. Foto Bernama

MALAYSIA menjangkakan sifar kes baharu Covid-19 menjelang pertengahan Julai depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, unjuran tersebut bukan tindakan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebaliknya kepatuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau menjelaskan bahawa kes harian Covid-19 di negara ini semakin berkurangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam kes baharu positif Covid-19 direkodkan, angka kematian kekal 121

"Dalam tempoh minggu ini pun, kita dapat dua dan satu angka, semalam satu angka... hari ni pun satu angka.

"Dalam tempoh sebulan lagi, kalau kita patuh pada SOP dan nasihat KKM, mungkin kita akan mencapai sifar kes.

"Unjuran kita dalam pertengahan bulan Julai, kalau rakyat Malaysia patuh kepada SOP, kita boleh mencapai sifar (kes)," katanya pada sidang media, petang Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Malaysia masih gagal untuk mencapai sifar kes Covid-19 atau catatan satu digit kes bagi tempoh tujuh hari berturut-turut.

Dr Noor Hisham berkata, antara SOP yang perlu dipatuhi rakyat Malaysia adalah penjarakkan sosial, membersihkan tangan dan memakai topeng muka.

"Hari ni memang kita tak ada vaksin lagi, dan sebagaimana yang pernah saya katakan vaksin kita adalah penjarakkan sosial yang selamat, iaitu sekurang-kurangnya satu meter.

"Itulah amalan kita sekarang," tambahnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

sifar, kes, Covid-19, penjarakkan sosial, Julai,

Artikel Lain